Translate

Friday 8 November 2013

Misteri kanak-kanak istimewa

Hot....kehilangan Penuh Misteri...!!!!!

9 November 2013
  Hilangnya...penuh misteri.. Haryadie Bin Osing, 10 tahun dan seorang pelajar sekolah pondok di kampung Pirasan Kota Belud, Sabah. Dilaporkan hilang pada petang 2 November 2013 sewaktu berkelah di Pantai Rampaian Kota Belud,Sabah.
  

Sunday 13 January 2013

Seantro kucing bijak!!

Seantro
My cat
seantro
    Ini gambar Seantro paling nakal.Lihat saja lidanya.. Buku-buku yg berselerak oleh seantro bermain. Memang kesukaan seantro menyelerakkan barang2 yg tersusun rapi. Terutama buku dan baju yg berlipat.
Dalam kenakalannya juga, setiap kali pulang dari tempat kerja seantro sentiasa menunggu depan pintu rumah. Seronok menjaga seantro. Waktu baby seantro tak pernah melihat kucing lain. Bila celik je mata seantro, akulah jadi mak kepada seantro. Makan minum seantro terjaga.
   Seantro kucing bijak, ia tahu & faham keadaan macam mana ia boleh bermain dengan tuannya. Buktinya, suatu hari, saya nak solat seantro belegar2 di tepiku, aku tengok mata seantro sambil berkata. "seantro, nanti kita main2 k, saya nak solat dulu"... seantro tak pergi dan tidak juga menggangu saya solat, sebaliknya..seantro duduk di atas kotak pakaian saya sambil melihat saya dan seolah-olah menuggu saya siap solat. Selesai memberi salam kiri dan kanan, seantro terus melompat dari ats kotak tu semata-mata nak tiduk di pangkuan saya. Menitis airmata saya melihat kerenah seantro.. menangis kerana rasa syukur kerana ditemukan dengan seantro. Alhamdulillah...inilah hadiah dari Allah setelah kehilangan Si puteh yg hampir 3tahun saya pelihara.
   Hari tu saya terlupa membeli makanan seantro, sampai rumah seantro bunyi je.. Meow...meow..meow..
Saya pula, alamak! maaf seantro...saya terlupa. Lepas tu saya keluar pergi beli makanan seantro, kedai tu pula tiada jual washkies, yang ada cuma friskies...(ntah,...saya lupa macam mana eja makanan kucing tu...heheheSeantro tak suka makan friskies. Dia tetap dengan makanan kegemarannya washkies. Terpaksalah tunggu esok.
  Keesokkannya saya keluar membeli makanan seantro.. Sampai rumah, bila seantro ternampak pek makanan kegemarannya tu,terus dia cuba mengoyakkan pek tu. Beza pek makanan tu warna ungu dan kuning. saya cuba tunjukkan kepada seantro kedua-dua pek bekas makanan tu, terkejut beruk juga bila tengok seantro tetap memilih pek ungu (wishkies).huhuhu bijak2....
  Yang menyedihkan saya, saya terpaksa tinggalkan seantro.. ayah datang k.l dan bawa saya pulang ke sabah. Terpaksa saya tinggalkan seantro dengan penuh rasa sedih. Disebabkan tidak berkemampuan untuk membayar kos membawa binatang.huhu
  Saya tinggalkan seantro dengan Kak an (bkn nama sebenar). Sejak hari tu saya tidak lagi bertemu seantro..
Kak An memberitahu saya bahawa seantro selalu duduk di depan pintu rumah, seolah2 menunggu kepulangan seseorang. Di dalam bilik seantro selalu termenung memandang baju tidurku yang masih tergantung di dalam bilik.
 Alhamdulillah...seantro sihat dibawah jagaan kak An.
seantro sedang menyusukan anak/

Berzuriat juga seantro
   Thank for reading....:)

Saturday 12 January 2013

About kasih Asnia

Assalamualaikum w.b.t

Saya baru memulakan perjalanan blog ini dan masih banyak yang perlu diperbaiki untuk meningkatkan kualiti cerita di bawah teratak ini.
kasih asnia
Saya memperkenalkan diri sebagai kasih Asnia (bukan nama sebenar)

Age    : 26
D.o.b : August 198...
P.o.b : Kota Belud
Race : Bajau`s
Religion : Islam
Education : Diploma 
                    Spm
                    Pmr
                    Upsr
Nama Kasih Asnia ku pilih kerana setiap kali menyebut perkataan kasih, saya rasa selesa dan mudah disebut. Memang saya minat sangat tengok cerita Nur kasih (drama & movie) tetapi nama ni tidak dipengaruhi oleh cerita tersebut. Ada orang kata saya ni suka meniru perwatakkan & nama dalam cerita ini. Tapi,sorry la beb...belum terniat lagi nak meniru...hehehe

jika ada yang cuba menjatuhkan kita,itu hanya kerana kita berada di atas dari mereka!

  Saya pegang pada perinsip bahawa pekara yang ada banyak kekeliruan & masalah adalah pekara yang saya lihat ada peluang selagi berusaha dengan gigih.hehehe
puteh

seantro
Oh ya..saya nak kongsi cerita tentang binatang kesayangan saya. Saya suka binatang terutama kucing..:)
Dua gambar di atas adalah kucing pungut yang pernah saya pelihara.

si puteh tu saya pelihara sewaktu belajar di kolej. Puteh manja dan senang utk memahami maksud signal yg saya tunjuk. Mengikut arahan...hehe Rumah saya di tingkat 3..setiap kali waktu makan saya akan memanggil ia dari tingkat rumah saya. "puteh3x...please go home sayang.." bila si puteh dengar suara saya ia terus belari naik ke atas. Pernah saya tinggalkan puteh selama 1 bulan,waktu tu saya balik dari Ipoh, Perak. Sesampai di kawasan apartment saya terus mencari puteh..sedih saya tengok si puteh dalam keadaan comot & bulunya hitam berhabuk waktu tu puteh sedang mencari makanan di tempat buang sampah apartment tu..huhu dalam hati..**maafkanlah saya puteh..huhu
 Si puteh ni sumbing sebelah kiri mulutnya..sewaktu umur puteh 2bulan, mulutnya terkoyak terkena tin sardin.
Tukang sapu di apartment tu memukul puteh menggunakan penyapunya..huhu Puteh melompak lalu, mulut puteh terkoyak sedikit disebabkan tin sardin tu.huhhu Malam tu saya ingat puteh nak mati dah,risau saya memikirkan ia, nak bawa ke klinik, duit pula tak cukup. Terpaksalah saya berdoa & berserah pada Tuhan.
Alhamdulillah..esoknya puteh kembali sihat, walaupu mluka di mulutnya belum sembuh.
 Habis belajar di kolej saya berpindah rumah, saya bawa puteh sekali. Malangnya baru seminggu di rumah baru, puteh hilang.. Puas saya mencari puteh sampai sekarang saya tak jumpa puteh...Huhuhu :(

Seantro... pelik kan nama kucing ni...alah-alah Mexico gitu..hehe
Tapi sebenarnya saya dapat nama tu dimana tempat seantro dijumpai...:)
Malam tu saya bersama kawan-kawan pergi K.L Sentral untuk menghantar kawan kesana. Lepas turunkan kawan, kami pergi ke parking di Ground floor, kat situlah saya dengar suara seantro..meow..meow..
 Kami mencari dimana suara kucing tu, di hujung satu tiang ternampak seantro melangkah dalam keadaan tak stabil, mata seantro pun belum terbuka.
Malam tu saya bawa seantro balik rumah. Susu dutch lady minuman pertama seantro..

 opss...tak sempat nak habiskan  cerita..masa kerja dah habis..jadi terpaksa saya berhenti seketika. Esok saya sambung lagi..
nantikan lagi cerita seantro,mesti anda semua seronok mendengarnya.. seantro kucing yang bijak...:)http://teratakkas.blogspot.com/2013/01/blogpertamaku-w.htmlhttp://teratakkas.blogspot.com/2013/01/assalamualaikum-w.html