Translate

Sunday, 13 January 2013

Seantro kucing bijak!!

Seantro
My cat
seantro
    Ini gambar Seantro paling nakal.Lihat saja lidanya.. Buku-buku yg berselerak oleh seantro bermain. Memang kesukaan seantro menyelerakkan barang2 yg tersusun rapi. Terutama buku dan baju yg berlipat.
Dalam kenakalannya juga, setiap kali pulang dari tempat kerja seantro sentiasa menunggu depan pintu rumah. Seronok menjaga seantro. Waktu baby seantro tak pernah melihat kucing lain. Bila celik je mata seantro, akulah jadi mak kepada seantro. Makan minum seantro terjaga.
   Seantro kucing bijak, ia tahu & faham keadaan macam mana ia boleh bermain dengan tuannya. Buktinya, suatu hari, saya nak solat seantro belegar2 di tepiku, aku tengok mata seantro sambil berkata. "seantro, nanti kita main2 k, saya nak solat dulu"... seantro tak pergi dan tidak juga menggangu saya solat, sebaliknya..seantro duduk di atas kotak pakaian saya sambil melihat saya dan seolah-olah menuggu saya siap solat. Selesai memberi salam kiri dan kanan, seantro terus melompat dari ats kotak tu semata-mata nak tiduk di pangkuan saya. Menitis airmata saya melihat kerenah seantro.. menangis kerana rasa syukur kerana ditemukan dengan seantro. Alhamdulillah...inilah hadiah dari Allah setelah kehilangan Si puteh yg hampir 3tahun saya pelihara.
   Hari tu saya terlupa membeli makanan seantro, sampai rumah seantro bunyi je.. Meow...meow..meow..
Saya pula, alamak! maaf seantro...saya terlupa. Lepas tu saya keluar pergi beli makanan seantro, kedai tu pula tiada jual washkies, yang ada cuma friskies...(ntah,...saya lupa macam mana eja makanan kucing tu...heheheSeantro tak suka makan friskies. Dia tetap dengan makanan kegemarannya washkies. Terpaksalah tunggu esok.
  Keesokkannya saya keluar membeli makanan seantro.. Sampai rumah, bila seantro ternampak pek makanan kegemarannya tu,terus dia cuba mengoyakkan pek tu. Beza pek makanan tu warna ungu dan kuning. saya cuba tunjukkan kepada seantro kedua-dua pek bekas makanan tu, terkejut beruk juga bila tengok seantro tetap memilih pek ungu (wishkies).huhuhu bijak2....
  Yang menyedihkan saya, saya terpaksa tinggalkan seantro.. ayah datang k.l dan bawa saya pulang ke sabah. Terpaksa saya tinggalkan seantro dengan penuh rasa sedih. Disebabkan tidak berkemampuan untuk membayar kos membawa binatang.huhu
  Saya tinggalkan seantro dengan Kak an (bkn nama sebenar). Sejak hari tu saya tidak lagi bertemu seantro..
Kak An memberitahu saya bahawa seantro selalu duduk di depan pintu rumah, seolah2 menunggu kepulangan seseorang. Di dalam bilik seantro selalu termenung memandang baju tidurku yang masih tergantung di dalam bilik.
 Alhamdulillah...seantro sihat dibawah jagaan kak An.
seantro sedang menyusukan anak/

Berzuriat juga seantro
   Thank for reading....:)

No comments:

Post a Comment